Foto: Polis Subang Jaya

KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Azlan menyeru orang ramai yang menemukan atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini, agar menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau 03-7862 7100. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast