Jo-Anna Sue Henley Rampas.

KUALA LUMPUR – Jo-Anna Sue Henley Rampas melepaskan semua jawatannya dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) demi memberi tumpuan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Bekas Timbalan Ketua Wirawati Warisan itu dipetik berkata telah meletakkan jawatannya sejak tahun lepas.

“Saya telah mengundurkan diri daripada semua jawatan politik saya sejak tahun lepas kerana saya telah kembali menyambung pelajaran untuk PhD saya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” ujarnya.

Katanya, beliau tidak bersedia untuk kembali bergiat aktif dalam bidang politik memandangkan kini sedang menyiapkan tesis dan penyelidikannya yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan hingga dua tahun lagi.

“Bagaimanapun, saya akan terlibat dalam perbualan dan berkongsi pendapat mengenai situasi semasa dalam politik Sabah,” tamabahnya.

Sebelum ini tular di media social mendakwa Jo- Anna tidak lagi bersama parti Warisan.

Beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pernah menjadi calon Parlimen Tuaran mewakili parti itu.

Jo-anna Sue Henley Rampas memulakan kerjaya politiknya dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Wirawati Warisan dan Ketua Wirawati Bahagian Tuaran.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast