Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seorang wanita hamil lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari wad di Tingkat 3, Hospital Lahad Datu, Sabah hari ini.

Difahamkan wanita berusia 20-an itu mengalami masalah mental dan dimasukkan ke hospital Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan selepas dilihat bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail dalam kenyataan berkata, wanita itu dihantar ke unit kecemasan pada awalnya sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Semasa di wad pada Rabu, wanita itu turut bertindak bertindak agresif namun dapat dihalang oleh jururawat bertugas.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan ubat penenang dan tidak menunjukkan tanda agresif namun pada jam 7.20 malam mangsa ditemui terbaring atas rumput di tingkat bawah,” katanya.

Mangsa segera dikejarkan ke unit kecemasan untuk rawatan lanjut dan seterusnya dibedah bagi menyelamatkan kandungannya itu.

“Namun, bayi berusia 33 minggu itu disahkan telah meninggal dunia dalam kandungan dan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi turut disahkan meninggal dunia hari ini.

Dzulbaharin berkata, mayat telah dihantar ke unit forensik untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast