SAN FRANCISCO – Intel akan mengurangkan 15,000 pekerjaan di seluruh operasinya ketika firma pembuat cip itu meneruskan perubahan asas di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat.
“Kami merancang untuk melaksanakan melakukan penjimatan kos sebanyak AS$10 bilion pada 2025, ini termasuk mengurangkan kira-kira 15,000 orang atau 15 peratus daripada tenaga kerja kami.
“Ini adalah hari yang sangat sukar untuk Intel kerana kami membuat beberapa perubahan paling penting dalam sejarah syarikat kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pat Gelsinger dalam nota kepada pekerja yang diterbitkan di laman web Intel.
Media Amerika Syarikat pula melaporkan, kenyataan itu menyaksikan pemberhentian kerja terbesar yang belum pernah dibuat oleh Intel.
Intel berkata, ia akan mula menawarkan insentif persaraan awal dan menggantung dividen pemegang sahamnya mulai suku tahun depan.
“Keputusan ini telah mencabar saya dan ini adalah perkara paling sukar untuk saya lakukan dalam kerjaya saya.
“Ikrar saya kepada anda ialah kami akan mengutamakan budaya kejujuran, ketelusan dan rasa hormat pada minggu dan bulan akan dating,” katanya.
Intel melaporkan hasil sebanyak AS$12.8 bilion untuk suku kedua, turun 1.0 peratus tahun ke tahun, dan kerugian bersih sebanyak AS$1.6 billion.
Gelsinger berkata, strategi syarikat tidak akan berubah walaupun memberi amaran tentang masa sukar yang akan datang. – Agensi