Bendera Iran

TEHRAN – Iran akan melaksanakan haknya untuk bertindak balas terhadap rejim Israel yang membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran, baru baru ini.

Menteri Luar Iran, Ali Baqeri berkata, selain bertindak ganas di Tehran, rejim zionis juga melanggar integriti wilayah dan kedaulatan Iran yang mana ia meletakkan keamanan dan kestabilan serantau dan antarabangsa dalam keadaan bahaya.

“Iran tidak akan melepaskan haknya untuk mempertahankan diri dan mengambil tindakan membalas untuk menghukum jenayah yang dilakukan zionis,” katanya ketika menghubungi Setiausaha Agunfg Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Beliau yang mengutuk sikap Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah kerana tidak mengutuk pembunuhan Haniyeh itu berkata, masyarakat antarabangsa perlu bersatu menentang jenayah rejim tersebut mengekalkan keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Beqeri menekankan perlu diadakan mesyuarat tergempar Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dicadangkan Iran bagi mengutuk dan membalas jenayah rejim zionis itu.

Sementara itu, Guterres dalam satu kenyataan berkata, beliau mengutuk dua sreangan yang dilakukan rejim zionis di selatan Beirut dan Tehran.

Beliau menyedari di bawah undang-undang antarabangsa, Iran berhak untuk mempertahankan diri sebagai tindakan pelanggaran keselamatan negara dan integriti wilayahnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast