Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo dibenarkan cuti sehingga Jumaat ini bagi membolehkannya meneruskan rawatan susulan menjalani pembedahan pada kaki kirinya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu telah berhubung dengannya pada 2 Ogos lalu bagi memaklumkan perkembangan terkini.

“Jagdeep memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan baik dan atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini.

“Sehubungan itu, saya telah bersetuju cutinya dilanjutkan seperti yang diminta bagi membolehkan beliau meneruskan rawatan diperlukan,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jagdeep nafi diarah bercuti daripada tugas

Tiada pertukaran jawatan disandang Jagdeep – Kon Yeow

Media sebelum ini melaporkan, Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Jagdeep agar beliau dapat menjalani rawatan sehingga benar-benar sembuh.

Jagdeep dilaporkan bercuti sejak 22 Julai lalu susulan menjalani pembedahan pada kaki kirinya. – MalaysiaGazette