Tangkap layar video yang tular memaparkan dua lelaki sedang memasukkan mesin basuh di hadapan sebuah kedai di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, kelmarin

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki kerana mencuri mesin basuh di sebuah kedai menjual barangan elektrik di Taman Desa Cemerlang, di sini, kelmarin sebagaimana tular dalam Facebook.

Ketua Polis daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 33 tahun yang juga pemilik premis tersebut berhubung kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang kelmarin di kawasan Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, di sini.

“Hasil daripada tindakan pantas pihak polis, suspek berusia 23 tahun warga tempatan ditahan pada pukul 11 malam di sekitar kawasan Taman Desa Cemerlang di sini pada tarikh sama laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi enam saat memaparkan dua lelaki sedang memasukkan mesin basuh di bahagian belakang tempat duduk penumpang kereta Axia berhampiran kedai peralatan elektrik.

Beliau berkata, polis merampas sebuah kereta Produa Axia yang digunakan semasa mencuri dan mesin basuh terbabit.

“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini.

Menurut Mohd Sohaimi, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan tiga rekod kesalahan dadah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 379 kanun keseksaan iaitu melakukan kesalahan mencuri.- MalaysiaGazette

Link video tular

https://www.facebook.com/share/p/jJfD1sxdXdjXVj1e/?mibextid=K35XfP