Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor ketika dihubungi memaklumkan jumlah itu meningkat sedikit berbanding 141 yang direkodkan malam tadi.

Sementara itu, keadaan banjir di enam kawasan kampung yang terlibat iaitu Kampung Sungai Selisek, Serigala, Sungai Nilam, Sekolah, Masjid dan Paya Lebar juga sudah surut sepenuhnya.

Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa akan dijalankan secara gotong-royong hari ini dengan dibantu pelbagai agensi kerajaan sebelum mereka pulang ke kediaman masing-masing. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast