Home Nasional Berada di landasan kereta api satu kesalahan, boleh dikenakan penalti – KTMB

Berada di landasan kereta api satu kesalahan, boleh dikenakan penalti – KTMB

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengingatkan orang ramai bahawa mengambil gambar dan video di tepi landasan kereta api adalah tindakan berbahaya.

Oleh itu, tindakan itu merupakan satu kesalahan.

KTMB berkata, semua kawasan landasan kereta api merupakan kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat iaitu penalti sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan.

Kenyataan ini susulan tindakan pasangan pengantin yang merakam gambar di landasan kereta api di Jambatan Guillemard di Tanah Merah.

Dalam rakaman itu, kelihatan jurugambar berlari selepas sebuah kereta api sedang melalui landasan.

Manakala pasangan pengantin berada di tepi landasan sehingga kereta api membunyikan hon.

Kejadian itu tular di media sosial. – MalaysiaGazette