Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Sumber Jabatan Statistik

KUALA LUMPUR-  Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) meningkat perlahan 0.7 peratus pada suku kedua 2024 berbanding 1.0 peratus pada suku pertama 2024.

Perkara itu diumumkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Indeks Kesenian, Hiburan & Rekreasi meningkat 7.7 peratus berbanding 7.5 peratus suku pertama 2024 disebabkan oleh Aktiviti Hiburan & Rekreasi Lain (2.3%).

Indeks Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman terus meningkat 2.4 peratus (ST1 2024: 2.5%) disumbangkan oleh Aktiviti Perkhidmatan Minuman (3.6%) dan Restoran dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak (2.6%), berikutan peningkatan harga makanan.

Sementara itu, indeks Pendidikan meningkat 0.8 peratus, sama seperti suku tahun sebelumnya disumbangkan oleh Pendidikan Menengah (2.2%).

Aktiviti Hartanah juga dalam trend yang sama, meningkat 0.8 peratus berbanding 0.6 peratus pada suku pertama 2024. Indeks Kesihatan dan Profesional pula masing-masing meningkat sebanyak 0.3 peratus dan 0.2 peratus.

Bagaimanapun menurut beliau, indeks Pengangkutan menurun negatif 1.4 peratus, daripada tiada perubahan pada suku sebelumnya disebabkan terutamanya oleh indeks Pengangkutan Penumpang Udara (-5.9%).

Penurunan ini dikesan sejak suku keempat 2023.

Selain itu, indeks Maklumat & Komunikasi menurun negatif 0.1 peratus daripada peningkatan 0.1 peratus pada suku tahun sebelumnya disebabkan oleh indeks Aktiviti Telekomunikasi Tanpa Wayar (-0.2%).”

“Perbandingan suku tahunan, IHPRP menurun negatif 0.1 peratus berbanding peningkatan 0.3 peratus pada suku tahun pertama 2024.

“Penurunan kali pertama sejak suku tahun keempat 2020 semasa pandemik COVID-19 disumbangkan terutamanya oleh indeks Pengangkutan yang mencatatkan penurunan negatif disebabkan oleh Pengangkutan Penumpang Udara merekodkan penguncupan 6/8 peratus,” katanya.

Tambah beliau, Indeks Maklumat & Komunikasi juga menurun negatif 0.2 peratus, daripada peningkatan 0.1 peratus pada suku tahun sebelumnya disebabkan oleh Aktiviti Telekomunikasi Tanpa Wayar (-0.2%).

Walau bagaimanapun, indeks Kesenian, Hiburan & Rekreasi meningkat dengan lebih laju 4.0 peratus berbanding 0.2 peratus pada suku tahun pertama 2024.

Selain itu, indeks Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman meningkat perlahan 0.6 peratus, diikuti oleh indeks Pendidikan (0.3%) dan Aktiviti Hartanah (0.2%).

Sementara itu, indeks Kesihatan dan Profesional masing-masing merekodkan peningkatan perlahan sebanyak 0.1 peratus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast