Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bertindak merobohkan pusat pelancongan haram semalam.

CAMERON HIGHLANDS – Padah membina pusat pelancongan haram – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bertindak merobohkannya di sini semalam.

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MDCH dalam kenyataan menjelaskan operasi berkenaan  bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.

Operasi turut disertai kakitangan MDCH, jabatan dan agensi daerah termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB).

“Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands ditugaskan untuk kawalan keselamatan sepanjang operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan,” katanya.

Pihaknya berharap tindakan tegas penguatkuasaan tersebut dapat menjadi iktibar kepada semua pihak.

”Peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemilik sewakan tanah kepada warga asing akan didakwa- MB Pahang

Guna tanah secara haram, parkir Kafe Tanah Aina Fareena ditutup

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast