Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa selepas dihempap pokok tumbang di Kampung Charuk Sireh, Sik, Kedah hari ini.

SIK – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima meninggal dunia akibat dihempap pokok tumbang ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Charuk Sireh di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Assif Md Zahid, 17, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada keluarga mangsa pada jam 7.44 pagi.

“Mangsa ketika itu dalam perjalanan ke sekolah dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam insiden tersebut.

Pihak bomba memotong pokok tumbang serta bersihkan lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat di Hospital Sik doktor mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada otak (severe traumatic brain injury).

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian namun sebaik tiba di lokasi mangsa telah dibawa ke hospital.

“Susulan itu, anggota bomba menggunakan gergaji berantai memotong pokok tumbang itu serta bersihkan lokasi kejadian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast