Istana Kehakiman

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengenepikan hukuman mati terhadap seorang bekas pengawal keselamatan yang didapati bersalah melepaskan tembakan terhadap seorang juruwang warganegara Bangladesh sekitar tahun 2016.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan untuk mengenepikan hukuman mati dan digantikan dengan hukuman penjara 33 tahun.

Difahamkan, perayu bertindak menembak warga Bangladesh itu ketika cubaan merompak sebuah kiosk stesen minyak.

Perayu yang juga tertuduh dalam kes ini, Fairol Azman Amironzuki sebelum itu membuat permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.

Mahkamah Tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Fairol pada 27 September 2017 dan ia dikekalkan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2019.

Fairol dengan niat telah melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian terhadap Tarikul Islam Tarak semasa melakukan rompakan di Petroniaga Mesra Services, Jalan Genting Kelang, Wangsa Maju pada 5.40 petang.

Dua didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 yang jika sabit salah hukuman mati. – MalaysiaGazette