Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.

Semasa kejadian mangsa dipercayai dipegang abangnya berusia lapan tahun yang bersama tiga kanak-kanak lain membonceng motosikal roda tiga ditunggang seorang budak lelaki berusia 12 tahun untuk bersiar-siar.