Impian negara merangkul emas pertama daripada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Veldrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Paris.

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan pusingan pertama selepas didapati memotong derny sebelum basikal elektrik bertindak sebagai pacer itu meninggalkan trek sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.