Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki berusia 32 tahun nekad minum racun rumpai selepas menikam isterinya di sebuah rumah di Bahau semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 30 tahun itu telah ditikam dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dengan sebilah pisau.