Gambar viral Annuar Musa memakai jaket LV ketika menyampaikan sumbangan kepada orang asli dalam kempen PRK Nenggiri.

KUALA LUMPUR – Kesian Annuar, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ia susulan tular beberapa gambar Tan Sri Annuar Musa yang pakai jaket jenama Louis Vuitton (LV) ketika menyampaikan sumbangan kepada pengundi orang asli semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri di Nenggiri.

Kemudian tular juga gambar Annuar memakai jam tangan dan selipar LV.

Ironinya, ketika itu Annuar sedang memberi sumbangan mee segera kepada pengundi orang asli.

Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, tak salah Annuar pakai barang berjenama kerana menggunakan ‘pitih’ (duit) dia.

“Betullah, itu pitih dia. Tetapi berpada padalah. Lain kali jangan over bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV.

“Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelekat cop gajah duduk,” katanya sambil membidas Annuar yang kata ahli Pas yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap.

Tapi pakai baju Louis Vuitton tidak mungkin tersasul, kata Puad. – MalaysiaGazette