WASHIGTON – Presiden Joe Biden menjelaskan beliau terkeluar daripada persaingan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang pertarungan intraparti pencalonannya akan menjadi “gangguan sebenar” bagi Demokrat.
Jelasnya, keutamaan beliau bertanding pada awalnya untuk mengalahkan Donald Trump.
Dalam temu bual pertamanya dengan CBS News, Biden, 81, berkata, beliau tiada masalah serius dengan kesihatannya cuma mengakui prestasi perdebatannya yang lemah kerana sakit pada masa itu.
Beliau turut menepis kebimbangan segelintir pihak tentang umur dan ketajaman mentalnya.
Namun, Presiden AS itu berjanji untuk berkempen untuk Kamala Harris dengan berkata, beliau akan melakukan apa sahaja bagi membantu naib presidennya itu.
“Kita mesti, kita mesti, kita mesti mengalahkan Trump,” katanya kepada CBS News.
Biden berkata, jika beliau meneruskan kempennya, pertandingan presiden akan menjadi “tertutup”.
“Sebilangan rakan Demokrat saya di Dewan dan Senat berpendapat saya akan ‘mencederakan mereka dalam persaingan itu.
“Dan saya bimbang jika saya kekal dalam persaingan, ia akan menjadi topik. Anda akan menemu bual saya ”Mengapa Nancy Pelosi berkata, mengapa berbuat demikian – dan saya fikir ia akan menjadi gangguan sebenar,” katanya.
Bekas speaker Dewan Rakyat. Nancy Pelosi dilaporkan secara telah mengetuai desakan untuk menggulingkan Biden – satu dakwaan yang tidak dinafikannya dengan tepat – selepas beliau menghentikan perbahasan menentang Trump pada 27 Jun lalu.
Semasa temu bual yang dirakamkan itu, Biden juga telah tersilap bercakap beberapa kali tetapi secara amnya kelihatan lebih koheren berbanding semasa perbahasan secara langsung yang disiarkan di televisyen.
Biden mengaitkan prestasi perdebatannya yang buruk dengan penyakit – sebelum ini beliau juga mendakwa dia mengalami jet lag dan kekurangan rehat sebagai faktor.
Ketika tekanan terus meningkat, Biden mengumumkan keluar daripada persaingan pilihan raya presiden pada 21 Julai.
Setakat ini, Harris mengatasi Biden dalam tinjauan pendapat.
Presiden berkata, beliau berhasrat untuk menjadi jambatan kepada generasi akan datang apabila dia bertanding untuk White House pada 2020.
“Apabila saya bertanding kali pertama, saya menganggap diri sebagai presiden peralihan. Saya tidak dapat menyatakan berapa umur saya. Sukar untuk saya mengeluarkannya daripada mulut saya,” kongsinya. – Agensi