Budak 13 Tahun Mangsa Amang Seksual Paderi Di Gereja #MGFlash

Seorang paderi ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang seorang remaja di dalam bilik tidur sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 10 malam Isnin daripada mangsa.