Bunuh Dan Bakar 3 Beranak, Suspek Ditangkap Di Bukit Bintang #MGFlash

Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes membunuh tiga ahli keluarganya dan membakar rumah mereka di Pagoh, Jumaat lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 20 Ogos dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid terhadap suspek berusia 48 tahun itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Muar pada jam 9.13 pagi dengan dikawal ketat anggota polis.