Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.