Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, semalam.
Menerusi perkongsiannya di halaman Facebook, beliau memberitahu pertemuan yang berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
Menurutnya, pertemuan tersebut membincangkan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).