Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya di lobi sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan dalaman ke atas anggota terbabit diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standar Bukit Aman.

Beliau juga berkata kertas siasatan kes itu telah dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara selepas mendapat arahan siasatan lanjut pada 22 Julai lepas.