Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pengarah Operasi Pilihan raya Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana memenangi PRK tersebut malam ini.

“Keputusan tidak rasmi sudah diperoleh. BN memenangi PRK ini dengan majoriti yang selesa. Kita ucapkan tahniah kepada yang menang. Selamat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau.

Kata Annuar lagi, PN hormat keputusan yang memihak kepada BN kali ini.

“Rakyat Nenggiri sudah membuat pilihan dan PN perlu menghormati keputusan tersebut. Semoga rakyat Nenggiri mendapat pembelaan sewajarnya,” ujarnya. – MalaysiaGazette