Gunung Everest

NEPAL – Sebuah perkampungan Sherpa di Everest telah ditenggelami banjir berais.

Pakar mengesyaki Thame – yang terletak pada ketinggian kira-kira 3,800m dinaiki air selepas tebing tasik glasier pecah.

Para saintis telah memberi amaran bahawa perubahan iklim menyebabkan banyak glasier di Himalaya mencair pada kadar yang membimbangkan.

Namun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, tetapi lebih 12 bangunan termasuk rumah, sekolah dan klinik kesihatan telah musnah sepenuhnya akibat banjir pada hari Jumaat.

Thame adalah kawasan perkampungan Sherpa dan juga tempat Sherpa Tenzing Norgay, individu yang mendaki Gunung Everest bersama-sama dengan Edmund Hillary, untuk menjadi individu pertama tiba di puncak gunung tertinggi itu.

Video menunjukkan air seumpama susu berbuih mengalir melalui kampung dalam banjir bertukar coklat oleh lumpur dan serpihan.

Jurucakap tentera Nepal, Gaurav Kumar KC, memberitahu AFP, kira-kira 15 rumah telah dihanyutkan, manakala pasukan penyelamat sedang membantu orang ramai untuk selamat.

Pihak berkuasa tempatan berkata, cuaca buruk tidak membenarkan penggunaan helikopter semasa siasatan mereka, sambil menambah mereka merancang untuk terbang ke pergunungan pada pagi Sabtu.

Walaupun punca banjir tidak diketahui, Arun Bhakta Shrestha, pakar perubahan iklim di Pusat Pembangunan Gunung Bersepadu Antarabangsa (ICIMOD) berkata, terdapat “petunjuk” ia disebabkan ledakan tasik glasier dan mereka sedang berusaha untuk mengesahkannya.

Para saintis telah memberi amaran glasier Himalaya mencair kerana perubahan iklim dan mewujudkan tasik glasier, sering dibendung oleh batu longgar dan serpihan, yang menjadikannya tidak stabil dan terdedah kepada tebing pecah.

Beratus-ratus tasik glasier yang terbentuk daripada pencairan glasier telah muncul entah dari mana di Himalaya dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Menurut laporan 2020 oleh ICIMOD, 2,070 telah didokumenkan di Nepal, yang mana 21 daripadanya disenaraikan “berpotensi berbahaya”. – Agensi