Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin tidak berniat untuk menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-bari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sekadar menyatakan fakta tidak dipanggil menghadap YDPA walaupun sudah mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Malah, di dalam ucapannya beliau menyatakan tidak berniat untuk memburukkan mantan YDPA.

“Konteks ucapan beliau adalah untuk menceritakan kronologi pembentukan kerajaan selepas PRU-15. Bukan untuk menghina institusi raja,” katanya menrusi hantaran di laman Facebook.

Berikutan video yang tular Muhyiddin didakwa memainkan isu agama, raja, kaum (3R), malah laporan polis turut dilakukan meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan.

Menurut Marzuki, rakaman video ucapan Muhyiddin telah disunting oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan dan suasana yang tidak harmoni.

Dalam hantaran itu, beliau memuatnaikĀ video yang tidak disunting. – MalaysiaGazette