KUALA LUMPUR – RTM selaku Penyiar Rasmi Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak bagi edisi ke-21, disiarkan di platform utama RTM melalui Saluran OKEY, Sukan RTM, RTMklik dan dua saluran khas di platform digital.

Laporan harian iaitu sesi pagi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, diikuti sesi petang pukul 2 hingga 5 dan sesi sebelah malam mulai pukul 10 hingga 11malam.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, RTM akan membawakan kesemua 37 acara sukan yang dipertandingkan secara langsung bermula 12 Ogos 2024 hingga 24 Ogos 2024 meliputi sembilan lokasi utama iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sukma 2024 di Sarawak melibatkan penyertaan 9927 atlet daripada 15 kontijen yang akan berentap untuk mencipta kejayaan.

Acara ini menyaksikan buat kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah Sukma selepas tahun 1990 dan 2016. – MalaysiaGazette