KUALA LUMPUR – Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari.

Atlet dari Selangor itu turut mencipta kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).

Kejayaan tersebut sekali gus memadam rekod Sukma 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam tahun lalu.

Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s.

Sementara itu, pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday terpaksa berpuas hati di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast