Muhammad Fitri Mohd Kamarul yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Ara Damansara, sejak Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Fitri Mohd Kamarul yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Ara Damansara, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu pada pukul 11.04 malam, Sabtu lalu.

“Kehilangan Muhammad Fitri berlaku selepas lelaki tempatan itu keluar daripada kediamannya di Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Ara Damansara.

“Orang Hilang (OH) mempunyai berketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) dengan berat kira-kira 116 kilogram (kg), berkulit coklat, rambut hitam serta pendek.

“Hidung OH pula lebar, mata berwarna hitam dan bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-78062222.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast