Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menegaskan hanya Liga Super dan Piala FA yang layak untuk pasukan bola sepak bertanding di peringkat antarabangsa.

Manakala di Malaysia, trofi yang diiktiraf Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih saingan AFC.

“Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala cap susu mulai tahun depan.

“Pasukan lawan kena cari yang lemah lemah. Yang pelik takda perasaan malu. Kes kronik syok sendiri,” tulis Tunku Ismail di satu komen ditinggalkan di portal bola sepak, MakanBola.

Tunku Ismail juga memberitahu, beliau berhasrat  menyertai pertandingan itu jika ia diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“FIFA iktiraf tak piala ni? “Kalau ya nak sertai,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Beliau dipercayai menyindir  Selangor FC  (SFC) selepas skuad Gergasi Merah itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu lalu selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1, sekali gus menyaksikan The Red Giants melakar hatrik trofi pada musim ini.

Sebelum itu, mereka memenangi Cabaran Asia Selangor dan juga Piala RCTI Premium Sports yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

SFC juga berpeluang menambah trofi keempat pada musim ini apabila mara ke final Piala FA menentang juara bertahan, JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. – MalaysiaGazette