Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan pembunuhan isteri dan anak perempuannya di Alor Setar, Kedah, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali, terhadap lelaki 43 tahun itu diperoleh di Lokap Mahkamah Alor Setar bermula hari ini sehingga 26 Ogos depan.

Ia bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, warganegara asing itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang, jam 9 malam semalam.

Ia susulan penemuan mayat seorang wanita dewasa berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada jam 5.04 petang di dalam longkang di sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mayat warganegara asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Dua mayat dalam longkang: Suami, bapa mangsa jadi suspek utama