KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya Datuk Seri Hamzah Zainudin mendesak Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundurkan diri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Hamzah tidak perlulah meneliti perkara itu secara halus.

Beliau mengulas kenyataan Hamzah yang menyatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang meneliti secara halus isu melibatkan ucapan Muhyiddin semasa kempen PRK Nenggiri pada 14 Ogos lalu.

Puad turut mempersoalkan mengapa kenyataan Hamzah dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat.

“Hamzah berkata Bersatu akan teliti dengan halus. Tapi Tuan Ibrahim kata semua ADUN PN Pahang beri sokongan penuh kepada Tengku Mahkota Pahang yang mahu Muhyiddin disiasat.

“Pengerusi PN Pahang berhemah dan bersopan. Tetapi bos besar PN pula degil.

“Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan kemurkaannya. Kenapa payah sangat Muhyiddin minta ampun.

“Tidak mungkin bekas PM dan masih bercita cita mahu jadi PM tidak boleh beradab dan mohon keampunan. Peliharalah Institusi Raja Melayu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Isu 3R: ADUN PN Pahang junjung titah supaya Muhyiddin disiasat secara adil

1 Komen

  1. Kalau Hamzah jadi Presiden BERSATU. pengundi akan beralih sokongan kepada PN. Sekiranya TSMY Presiden BERSATU akan bertambah teruk dan semakin hilang sokongan.

Comments are closed.