Mayat Helena Fasha Petrus ditemukan terapung kira-kira 1km dari lokasi kejadian.

KUCHINGMangsa kedua tragedi perahu penambang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu, ditemukan emas petang ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat Helena Fasha Petrus, 16, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat jam 5.30 petang tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemukan terapung dalam jarak kira-kira satu kilometer di hilir sungai dari lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pagi tadi, mayat mangsa pertama iaitu pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.58 pagi.

Menurutnya, pencarian kini diteruskan untuk mengesan seorang lagi mangsa iaitu pelajar perempuan Alsma Jithil, 14.

ARTIKEL BERKAITAN