Manuel Ugarte,

LONDON – Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir mencapai kesepakatan untuk perpindahan Manuel Ugarte, lapor wartawan, Florian Plettenberg.

Dia berkata, setakat ini rundingan telah diteruskan untuk kesepakatan perjanjian sama ada perjanjian tetap atau pinjaman dengan kewajipan untuk membeli.

“Butiran lanjut akan diselesaikan kerana masih terdapat beberapa butiran yang perlu diselesaikan.

“Tetapi semua pihak yang terlibat akan memuktamadkan perjanjian itu tidak lama lagi,” tulisnya.

Dalam laporan lain dari MEN melalui wartawan mereka Samuel Luckhurst melaporkan bahawa Pengarah Sukan United, Dan Ashworth dilaporkan optimis untuk menyelesaikan perpindahan ini.

Ashworth yakin perpindahan Ugarte dapat diselesaikan kerana sedar bahawa penilaian antara kedua-dua kelab.

“United boleh bayar dan harga yang diminta PSG tidak terlalu besar. Jadi beliau yakin persetujuan ini boleh dicapai,” katanya. – Agensi

Ashworth juga percaya bahawa United dan PSG boleh melengkapkan perpindahan Ugarte sebelum pasaran perpindahan ditutup.