Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KOTA KINABALU- Seorang pelajar sekolah menengah antara lapan yang ditahan kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kesemua suspek ditahan kelmarin, kurang 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Katanya, suspek berusia antara 14 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di beberapa rumah di sekitar Kota Kinabalu.

“Semua suspek termasuk pelajar berusia 14 tahun itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun keseksaan,” katanya.- MalaysiaGazette