Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pengguna di sebahagian kawasan Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

Air Selangor dalam kenyataannya berkata, ia disebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam (LRA) Sungai Bernam) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam awal hari ini.

Katanya, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.