Jambatan Slim Village yang terkenal dalam peristiwa ‘Battle of Slim’ dan mempunyai sejarah ketika zaman penjajahan British dan Jepun runtuh dipercayai akibat kejadian kepala air di Sungai Slim dekat Slim Village lewat petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, kejadian terbabit berlaku selepas hujan tanpa henti pada petang Jumaat.