Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sempena 25th Annual Leaders’ Consultation di antara Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan, Brunei 25 Ogos, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bandar Seri Begawan malam tadi bagi menghadiri Rundingan Pemimpinan Tahun kali ke-25 (ALC-25).

Rundingan tersebut akan berlangsung di Istana Nurul Iman, esok.

“ALC adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei hatta lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama bilateral dalam mencapai matlamat bersama selain membincangkan isu-isu terkait,” kata Perdana Menteri menerusi satu hantaran di media sosial rasmi beliau.-MalaysiaGazette