MALUKU, INDONESIA- Sekurang-kurangnya tujuh terkorban, dua cedera dan beberapa orang lagi dikhuatiri hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda utara Maluku, pagi Ahad.
Menurut pegawai agensi pengurusan bencana dan penyelamat tempatan, Fehby Alting, hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan tragedi tersebut berlaku bandar Ternate.
“Tujuh orang disahkan meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan,” katanya kepada agensi berita Xinhua.
Tambah beliau, penduduk yang terjejas memerlukan bantuan segera berupa khemah, bekalan barang-barang keperluan dan tilam.
Menurut pejabat cari dan menyelamat tempatan, lebih banyak keluarga dijangka membuat laporan kehilangan ahli keluarga.
Askar, polis, petugas carilamat, kakitangan pengurusan bencana dan sukarelawan terlibat dalam usaha-usaha menyelamat yang masih berjalan.
“Penyelamat ketika ini sedang bekerja keras untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuh itu serta mencari barangan penting daripada rumah yang dibawa arus banjir,” katanya dalam satu kenyataan.- Agensi