Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kematian kanak-kanak perempuan lapan tahun pada 18 Ogos lalu akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah mendapat arahan untuk menuduh pasangan terbabit di Mahkamah Majistret Selayang, esok.

Katanya, suspek yang merupakan ibu kandung mangsa, 28, dan bapa tirinya, 29, akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksesaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.

Susulan itu, pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.- MalaysiaGazette