The staff of Prasarana monitoring the movement of Mass Rapid Transit (MRT) Putrajaya Phase I Line at its control centre in MRT Depot, Sungai Buloh, Selangor before the MRT route begins its operation on 16 June 2022. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022
  The staff of Prasarana monitoring the movement of Mass Rapid Transit (MRT) Putrajaya Phase I Line at its control centre in MRT Depot, Sungai Buloh, Selangor before the MRT route begins its operation on 16 June 2022. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022. Kakitangan Prasarana sibuk memantau pergerakan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di pusat kawalan menjelang MRT tersebut akan mula beroperasi pada 16 Jun ini di Depot MRT Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengangkutan tren, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan mengalami serangan siber.

Prasarana berkata, serangan melibatkan sebahagian daripada sistem dalaman syarikat dan bagaimanapun insiden tersebut tidak mendatangkan sebarang gangguan terhadap operasi harian syarikat.

“Pasukan keselamatan siber kami telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden tersebut, yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke beberapa sistem kami.

“Kami sedang mengurus dan menangani situasi ini. Kami juga sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Prasarana, keutamaan syarikat adalah kepada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia untuk memastikan semua langkah telah diambil.

“Usaha kerjasama ini bertujuan untuk memberikan respons yang menyeluruh dan melindungi sistem kami. Kami akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa.

“Tumpuan kami kekal pada penyelesaian masalah dengan segera di samping memastikan perkhidmatan kami terus memenuhi keperluan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Prasarana memberi respons terhadap dakwaan di media sosial berkaitan insiden keselamatan siber yang melibatkan sebahagian daripada sistem dalaman syarikat.

Akaun HackManac di X mendakwa, Prasarana antara senarai menjadi serangan perisian tebusan RansomHub.

“Prasarana Malaysia Berhad, salah satu syarikat pengangkutan awam terbesar di Malaysia, telah disenaraikan antara mangsa kumpulan perisian tebusan RansomHub.

Didakwa, 316 GB data telah dieksfiltrasi. Tarikh akhir tebusan: 01 hb (haribulan) September 24,” katanya di X.-MalaysiaGazette