Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin bertukar dokumen MoU dengan Naib Presiden ( Pengajaran dan Pembelajaran) Professor Zhou Hongjiang Heilongjiang Jiaotong Polytechnic China baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengukuhkan jaringan antarabangsanya dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) terkemuka di Wilayah Heilongjiang, China.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha UMPSA untuk memperluas rangkaian akademik dan mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan serta pembangunan teknologi.

Menurutnya, satu memorandum persefahaman (MoU) antara UMPSA dimeterai dengan Harbin University of Commerce, Heilongjiang Jiaotong Polytechnic dan Heilongjiang University of Chinese Medicine.

Menerusi memorandum itu,  ia dapat memupuk pertukaran pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua negara yang dijangka membuka ruang kepada warganya untuk terlibat dalam program pertukaran, projek penyelidikan bersama dalam mewujudkan peluang latihan industri di Malaysia dan China.

Persefahaman itu terhasil susulan delegasi UMPSA ke Wilayah Heilongjiang pada April lalu ketika menyertai Malaysia Higher Education Exchange Week di Heilongjiang.

Artikel berkaitan : UMPSA anjur program edutourism tarik minat pelajar antarabangsa

UMPSA sambut cabaran agenda STEM

UMPSA kerjasama dengan LPNM, lahir 22 penyelidik nanas

“Dalam program delegasi tersebut Dr. Yuserrie telah berkongsi amalan terbaik UMPSA, bagi program ijazah dual dan usaha-usaha pengantarabangsaan.

“Kali ini, UMPSA melancarkan Kaiwu Workshop hasil kerjasama dengan Heilongjiang Jiaotong Polytechnic yang bakal menjadi platform untuk memperkenalkan teknologi terkini serta aplikasi inovatif terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi kepada staf serta pelajar UMPSA kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China, bahkan memberi manfaat besar kepada penuntut serta penyelidik di kedua-dua negara.

Kerjasama ini juga bakal memberikan peluang kepada UMPSA untuk terus maju dalam bidang teknologi dan inovasi, serta memastikan UMPSA berada di barisan hadapan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan :

UMPSA diitiraf universiti ke-146 terbaik dunia bawah usia 50 tahun