KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy melakukan tinjauana ke lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India hari ini.

Sejurus tiba di lokasi kejadian pada 3.40 petang beliau yang diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din. menuju ke khemah polis dan bomba untuk menerima taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus warga India, Vijaya Lakshmi Goli.

Dalam kejadian Jumaat lalu, wanita berusia  48 itu tertimbus pada kedalaman 8 meter.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit di tempat kejadian sebelum beredar. – MalaysiaGazette