Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful. foto AFIQ HAMBALI, 10 DISEMBER 2020.

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan selapas didapati bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang kelihatan terkejut kemudian menangis teresak-esak sejurus mendengar keputusan Hakim, Norazlin Othman yang berpendirian pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Turut hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini, isterinya pengacara, Hana Ismail, 38.

Sebagai rekod, Syed Shah Iqmal pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di kondominium di I-City, Seksyen 7.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 1.35 malam, 11 September 2019 lalu.

Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kemudian, Mahkamah Sesyen 10 April tahun lalu melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan lelaki itu membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.-MalaysiaGazette