Hampir setiap hari kavita Kaur menyebarkan kesedaran mengenai penindasan rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR – Biarpun berbeza agama, usaha dan kelantangan pelakon Kavitra Sidhu dalam bercakap mengenai isu Palestin tidak pernah berhenti sejak negara itu bergolak.

Malah pelakon itu langsung tidak berasa gentar disekat di media sosial apabila hampir setiap hari dia menyebarkan kesedaran mengenai penindasan rakyat negara itu.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu juga pernah menyertai ribuan masyarakat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk solidariti rakyat Palestin tanpa menghiraukan panas atau hujan.

Pada perhimpunan itu, Kavita tampil berpakaian serba putih dan mengenakan mafla Palestin dilihat tampil berucap di hadapan khalayak sambil melaungkan keamanan.

Bagi wanita berusia 52 tahun ini, seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama mahu pun bangsa perlu bersatu-padu menentang keganasan rejim Israel terhadap Palestin yang dinafikan hak mereka sebagai manusia yang mempertahan tanah air sendiri.

Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi kepada penduduk di bumi anbia itu perlu dilakukan sepanjang masa.

Justeru jasa dan keberaniannya, Kavita kini diangkat penerima Ikon Wanita Usanita sebagai Aktivis Perjuangan Palestin.

Kavita tampil berpakaian serba putih dan mengenakan mafla Palestin dilihat tampil berucap di hadapan khalayak sambil melaungkan keamanan.

Anugerah itu diberikan Usanita Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka, di sini, semalam.

Pada majlis itu, bekas menteri Kabinet iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pula dipilih Ikon Wanita Usanita bagi mengiktiraf beliau sebagai contoh teladan dan ikon kepada setiap wanita di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, majlis  penganugerahan itu adalah penghormatan kepada wanita-wanita hebat yang telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dalam pelbagai bidang.

“Pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat lebih ramai wanita untuk terus berdiri teguh dan jangan mudah patah semangat, walau apa jua cabaran yang dihadapi.

“Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian wanita-wanita ikonik, tetapi juga menandakan komitmen Usanita dalam memperkasakan wanita dan memartabatkan perjuangan mereka dalam masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

Kavita Kaur kini diangkat penerima Ikon Wanita Usanita sebagai Aktivis Perjuangan Palestin.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast