KUALA LUMPUR – Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo sambutan merdeka.

Paparan doodle kali ini menggambarkan warisan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka.

Hari Kebangsaan diraikan pada 31 Ogos setiap tahun, sambutan yang menandakan Malaysia bebas daripada penjajahan Britain ketika pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos 1957.

Lebih 20,000 orang berkumpul di situ, yang dibina khusus untuk perayaan itu, untuk menyaksikan hari bersejarah itu.

Bendera negara dinaikkan buat kali pertama pada malam bersejarah itu.

Kemudian pada tahun 1963, Malaya bersatu dengan Sabah dan Sarawak untuk menjadi Malaysia moden.

Sambutan ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. – MalaysiaGazette