Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran artis sahaja

KUALA LUMPUR – Bagi pembeli yang masih tercari-cari kediaman eksklusif dalam taman, Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya tidak lama lagi.

Dibangunkan di tengah-tengah Cyberjaya, projek ini adalah kediaman bertanah tiga tingkat pegangan bebas yang dibina dengan kepadatan rendah iaitu 170 unit dalam  kawasan seluas 10.1 ekar.

Setiap inci rumah ini direka dengan teliti bagi memberi kepuasan kepada pembeli untuk menghuni kediaman impian mereka dalam suasana yang selesa dan harmoni.

Dengan keluasan binaan daripada 2,267 hingga 2,854 kaki persegi, setiap unit, Sejati Residences yang tersergam indah menampilkan gaya mewah kepada pemiliknya.

Kediaman yang menawarkan keluasan ruang yang amat selesa ini mempunyai lima bilik tidur dan lima air ‘en-suite’.

Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran pelukis semata-mata.

Kediaman ini juga mempunyai rekaan mesra warga emas bagi Sejati Residences, Type C.  Penghuni yang mempunyai ibu bapa warga emas atau ahli keluarga orang kelainan upaya tidak perlu bimbang kerana Sejati Residences menawarkan akses mesra kerusi roda di bilik air ruang bawah memudahkan penghuni berkeperluan mandi dengan selesa dan selamat.

Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran pelukis semata-mata

Sejati Residences adalah kediaman komuniti berpagar dengan kawalan 24 jam pemantauan CCTV serta ciri-ciri Konsep Reka Bentuk Bandar Selamat (CPTED) menjamin keselamatan dan keselesaan para penghuninya.

Untuk melengkapkan gaya eksklusif penghuninya, Sejati Residences memperuntukkan 1.5 ekar tanah dengan pelbagai kemudahan, landskap dan enam taman persendirian.

Tentunya kehidupan di Sejati Residences akan menjadi lebih versatile dengan pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati oleh para penghuni terutamanya ke arah kehidupan yang lebih sihat. Fasiliti seperti  gym, taman permainan menjadi tarikan yang tidak boleh dilepaskan dan boleh dimanfaatkan terutamanya di hujung minggu sekaligus merapatkan lagi hubungan kekeluargaan para penghuni.

Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran pelukis semata-mata

Kemudahan-kemudahan yang ditampilkan termasuk kemudahan laluan refleksologi demi memastikan Sejati Residences adalah kediaman pilihan terbaik untuk dihuni.

Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran pelukis semata-mata.
Paramount Property Development (Paramount) melancarkan projek terbarunya, Sejati Residences di Cyberjaya
Gambaran pelukis semata-mata.

Terletak di tengah-tengah bandar pintar Cyberjaya, lokasi Sejati Residences hanya beberapa kilometer dari Tamarind Square yang terkenal dengan pelbagai tarikan terutamanya variasi makanan tempatan dan antarabangsa.  Tidak perlu bimbang jika berlaku sebarang kecemasan kerana Sejati Residences tidak jauh dari Hospital Cyberjaya yang dilengkapi teknologi perubatan moden dan terkini.

Bagi penghuni Sejati Residences yang memiliki ahli keluarga yang sedang mencari-cari peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, terdapat 20 institusi pendidikan dalam lingkungan 6 kilometer dari Sejati Residences. Ia menjadi nilai tambah kepada penghuni Sejati Residences terutamanya jika  kemudahan penginapan yang disediakan pihak kolej atau universiti tidak mencukupi.

Kawasan kediaman ini juga mudah diakses dengan jaringan Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya serta dua stesen MRT Cyberjaya City Centre dan MRT Cyberjaya North.

Untuk ke lapangan terbang, penghuni di sini juga tidak jauh dengan stesen KLIA Transit.

Malah, dengan adanya 12 kawasan komersial dan hab beli-belah, ia sudah cukup melengkapkan keperluan para penghuni Sejati Residences.

*Untuk bakal pembeli, Paramount mengecualikan yuran guaman dan duti setem untuk Perjanjian Jual Beli (SPA). Selain itu setiap unit kediaman ditawarkan dengan sistem kediaman pintar dan kunci pintu digital bagi menjamin  keselamatan para penghuni Sejati Residences.  Pembelian berbaloi kerana Sejati Residences bukan saja dilengkapi ciri-ciri keselamatan canggih malah setiap bilik air tersedia pemanas air segera.
*Bergantung kepada terma dan syarat

Anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sejati Residences layari media sosial kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/ParamountPropertyMalaysia/, Instagram: https://www.instagram.com/paramountpropertymy/

Laman web rasmi: https://paramountproperty.my/sejati/phases/phase-4/?utm_source=malaysia+gazette&utm_medium=advertorial&utm_campaign=sejati-residences+malaysia+gazette+advertorial+aug

Kami juga boleh dihubungi di 03-92123098. – MalaysiaGazette

Paramount lancar rumah tiga tingkat Sejati Residences

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast