PUTRAJAYA – Kementerian Luar belum lagi menerima sebarang maklumat mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat ribut tropika Yagi, di Pulau Luzon, Filipina.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata ia memantau dengan rapi keadaan di sana melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

Wisma Putra berkata ribut itu dijangka bertemu daratan di bandar timur Casiguran, Wilayah Aurora, pada 2 Sept.

“Setakat 3 Sept, pusat ribut itu telah beralih ke perairan di pantai utara Bandar Laoag, Wilayah Ilocos. Ribut itu bertiup dengan kelajuan angin 75 kilometer sejam (km/j) dan dijangka bergerak ke barat laut di atas Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang.

Setakat pukul 4 petang waktu tempatan pada 3 Sept, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh ribut tropika itu,” katanya.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta maklumat mereka digalakkan supaya berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my,”katanya.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di alamat Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina, di talian +63 8662 8200, +63 917 864 0761 (kecemasan) atau e-mel: [email protected] [email protected]. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast