KUALA LUMPUR – Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan sifat manusiawi mendorong kepada pengiktirafan ibu kota sebagai bandaraya paling mesra di benua Asia.

Demikian kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi aplikasi X semalam, selepas Kuala Lumpur diiktiraf bandar paling mesra.

“Ini adalah bukti kejayaan kerajaan Madani pimpinan YAB Perdana Menteri yang sentiasa menekankan sifat manusiawi, hormat dan ihsan sebagai pedoman hidup warga kota. Bangkit!,” tulisnya di aplikasi X.

Terdahulu pengiktirafan berkenaan direkodkan oleh AsiaVibe.

Sebanyak 20 senarai negara di Asia yang turut dianggap paling mesra.

Selain Kuala Lumpur turut disenaraikan, Taipei, Chiang Mai, Manila, Istanbul dan Kathamandu. – MalaysiaGazette