YTL Power International

KUALA LUMPUR- YTL Power International Bhd (YTL Power)  mengesahkan ada menerima permohonan mendapatkan maklumat berhubung projek 1Bestarinet daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

YTL Power berkata permohonan itu dikemukakan kepada anak syarikatnya, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms), baru-baru ini.

“Kami merujuk pelbagai laporan berita dalam talian hari ini mengenai siasatan dijalankan SPRM ke atas YTL Comms berkaitan projek 1BestariNet.